Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-01 08:04:14    
Thaksin Shinawatra Lawat China

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, atas undangan Perdana Menteri China Wen Jiabao, Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawatra tiba di Beijing semalam dan memulakan lawatan rasmi selama tiga hari di China.

Lawatan beliau kali ini diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan diplomatik kedua-dua negara. Dalam tempoh lawatan itu, beliau akan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri China Wen Jiabao, kedua-dua pihak juga akan menandatangani beberapa perjanjian kerjasama.

Selain pegawai kanan, wakil pelbagai industri Thailand turut mengiringi lawatan Perdana Menteri Thaksin Sinawatra kali ini. Ini menunjukkan pihak Thailand berharap mewujudkan peluang perdagangan baru dan meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.