Menurut berita CRI, Lembaga Persahabatan Dengan Luar Negara Rakyat China, Lembaga Persahabatan China-Thailand, Kedutaan Besar Thailand di China bersama-sama mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan diplomatik China-Thailand di Dewan Rakyat Beijing semalam.
Pengerusi Lembagai Persahabatan Dengan Luar Negara Rakyat China Chen Haosu menyampaikan ucapan bahawa kedua-dua pihak telah melaksanakan pertukaran dan kerjasama yang menyeluruh dalam pelbagai bidang dan telah mencapai kejayaan dalam 30 tahun yang lalu, ini memanikan peranan penting untuk mendorong hubungan rakan strategi China-ASEAN. Beliau berkata, pihak China akan mengekalkan dasar luar "berjiran baik" dengan negara-negara jiran berusaha bersama-sama pihak Thailand meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.
|