Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-03 15:22:54    
Thaksin Shinawatra Akhiri Lawatan di China

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra telah mengakiri lawatan di China dan kembali ke Thailand selepas mengunjungi tempat kediaman nenek moyang beliau di provinsi Guangdong China semalam.

Dalam pertemuan dengan Gabenor provinsi Guangdong China, Huang Huahua pagi semalam, Thaksin Shinawatra berkata, hubungan ekonomi dan perdagangan antara Thailand dengan Guangdong, China telah dijalinkan dalam masa yang panjang, kini kedua-dua pihak perlu terus membuka pasaran masing-masing dan meningkatkan pertukaran.

Atas undangan Perdana Menteri China, Wen Jiabao, Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra telah tiba di Beijing untuk memulakan lawatan rasminya di China selama 3 hari pada 30 Jun lalu. Dalam tempoh lawatannya kali ini, beliau telah menghadiri aktiviti perayaan ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan diplomatik China-Thailand.