Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-04 15:21:13    
Perdana Menteri China Ditemui Pemimpin Vietnam, Laos dan Myanmar

CRI

Menurut berita CRI, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah ditemui Perdana Menteri Vietnam, Phan Van Khai, Perdana Menteri Laos, Boungnang Vorachit dan Perdana Menteri Myanmar, Soe Win yang menghadiri Sidang Pemimpin Kerjasama Ekonomi Subrantau Mekong Besar di bandar Kunming hari ini.

Wen Jiabao menyatakan, China menyokong Vietnam menganggota WTO, menggalakkan dan menyokong perusahaan China bekerjasama dengan perusahaan Laos dan berharap Myanmar mewujudkan perdamaian dan ketenteraman masyarakat selama-lamanya.

Ketika membincangkan kerjasama subrantau Mekong besar, Wen Jiabao berkata, pihak China mementingkan peranan penting kerjasama subrantau Mekong Besar dalam usaha mewujudkan pembangunan dan kemakmuran serantau dan berkeyakinan penuh terhadap perkembangan masa depan kerjasama itu.

Pemimpin Vietnam, Laos dan Myanmar merakamkan terima kasih kepada pihak China atas persiapan sidang kali ini dan percaya dengan usaha bersama pelbagai pihak, sidang itu akan menetapkan rancangan strategik untuk mendorong kerjasama subrantau ini.