Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-04 12:16:45    
Forum Keilmuan Antarabangsa Sambutan Ulang Tahun Ke-600 Pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika Dirasmikan di Nanjing

CRI

Forum Keilmuan Antarabangsa Sambutan Ulang Tahun Ke-600 Pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika telah dirasmikan di Nanjing, ibu kota Provinsi Jiangsu hari ini.

Forum tersebut dianjurkan bersama oleh Kumpulan Penyelenggara Aktiviti Sambutan Ulang Tahun Ke-600 Pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika negara China dan kerajaan Provinsi Jiangsu China.

Seramai lebih 200 orang pegawai kerajaan, pakar, sarjana dan wakil pertubuhan kalang rakyat dari China dan 11 buah negara dan kawasan telah menyertai forum itu.

Para peserta akan bertukar-tukar hasil kajian mereka tentang Cheng Ho dan juga akan mengadakan perbincangan yang mendalam tentang pelayaran Cheng Ho dalam tempoh tiga hari akan datang. Sekian laporan dari Puspa di Nanjing.