Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-05 15:28:23    
Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Perancis Berpotensi Besar

Agensi Berita Xinhua China

Menurut laporan Agensi Berita Xinhua China, wakil peringkat Menteri Perdagangan Perancis, Christine Lagarde telah mengadakan lawatan ke China selama 2 hari bermula semalam. Beliau ketika diwawancara oleh wartawan sebelum lawatan kali ini menyatakan, perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan antara China-Perancis mempunyai potensi yang besar. Pihak Perancis berharap meningkatkan kerjasama dengan China.

Christine Lagarde memaklumkan bahawa dalam tempoh lawatan kali ini, beliau akan menghadiri upacara perasmian "Pameran Kesenian Hiasan Rumah Perancis" yang diadakan di Beijing pada 5 Julai. Selain itu, beliau juga akan bertemu dengan Naib Perdana Menteri China, Wu Yi, Naib Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng, Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Kastam China, Mou Xinsheng dan pegawai kanan kerajaan China yang lain.

Christine Lagarde menjelaskan, aktiviti "Tahun Budaya Perancis" yang telah diadakan di China akan mencapai tahap baru dengan adanya "Pameran Kesenian Hiasan Rumah Perancis" tersebut. Di samping itu, pertemuan yang diadakan antara beliau dengan pegawai kanan kerajaan China akan berfaedah bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Beliau berpendapat bahawa walaupun jumlah perdagangan China-Perancis meningkat 20% pada setiap tahun, namun jumlah perdagangan dengan China hanya merupakan 3.2% jumlah keseluruhan perdagangan luar perancis, maka kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara masih mempunyai potensi yang besar. Christine Lagarde berkata, hubungan ekonomi dan perdagangan China-Perancis kini tidak selaras dengan hubungan politik yang amat baik antara kedua-dua negara. Beliau menyatakan kerajaan kedua-dua negara perlu mendorong kerjasama antara perusahaan kecil dan sederhana, dan meningkatkan kerjasama dalam projek-projek yang besar.