Menurut Agensi Berita Xinhua, Bank Pembangunan Asia menjangka bahawa jumlah pelancong di subkawasan Mekong Besar pada tahun 2006 akan mencapai 20 juta orang dan jumlah itu akan meningkat kepada 30 juta orang pada tahun 2010.
Dimaklumkan, subkawasan Mekong Besar termasuk China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand dan Kemboja dan sumber alam, kebudayaan dan sejarah di kawasan itu sangat kaya. Enam negara tersebut sudah menetapkan strategi pembangunan pelancongan dan akan memangkin pelaburan pelancongan, menyempurnakan infrastruktur dan melonggarkan sistem kawalan visa.
|