Menurut berita CRI, enam negara subkawasan Mekong Besar telah menandatangani empat dokumen kerjasama di bandar Kunming China hari ini.
Kandungan dokumen itu termasuk: memaksimumkan keefisienan jaringan lebuh raya, menetapkan peraturan penyelarasan teknologi tentang jaringan tenaga elektrik, meningkatkan jaringan telekom pelbagai negara dan meningkatkan kerjasama pelbagai negara dalam usaha menangani penyakit selesema burung.
|