Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-05 14:46:51    
Sidang Kemuncak ke-2 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Mekong Besar Ditutup

CRI

Wartawan CRI melaporkan, Sidang Kemuncak ke-2 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Mekong Besar telah ditutup di Kunming China hari ini. Pemimpin enam negara berpendapat harus mengutamakan pembinaan infrastruktur, memperbaiki iklim pelaburan, meningkatkan pembangunan alam sekitar dan sosial.

Tema sidang kemuncak kali ini ialah "Meningkatkan hubungan rakan kerjasama dan mewujudkan kemakmuran bersama". Pemimpin China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam dan Presiden Bank Pembangunan Asia telah mengadakan perbincangan tentang kejayaan dan cabaran kerjasama ekonomi subkawasan itu, prinsip pimpinan dan tindakan mewujudkan pembangunan berterusan. Sidang tersebut telah meluluskan Perisytiharan Kunming, para pemimpin telah memeterai dokumen tentang kerjasama pengangkutan, penjualan elektrik, teknologi maklumat dan kawalan penyakit haiwan.

Para hadirin juga berpendapat bahawa pelbagai negara harus meningkatkan kerjasama untuk mengawal perebakan penyakit dan memangkin pembangunan pertanian, membanteras jenayah transnasional serta melindungi alam sekitar.