Cheng Ho ialah seorang ahli pelayaran terkenal dalam sejarah China dan juga seorang pegawai China terkenal yang berhubung dengan negara lain. Pada tahun 1405 Masihi, Cheng Ho atas titah Raja Zhu Di, Maharaja Dinasti Ming China belayar ke Asia dan Afrika. Beliau mengetuai armada lebih 200 buah kapal dan lebih 27,800 anak kapal bertolak dari kuala Liu Jia, Taicang provinsi Jiangsu belayar ke Asia dan Afrika. Dalam tempoh 28 tahun, armada Laksamana Cheng Ho pernah belayar ke Asia dan Afrika sebanyak 7 kali, ke lebih 30 buah negara, yang paling jauh ke Kenya, Afrika Timur.
Tahun ini ulang tahun ke-600 pelayaran Laksamasa Cheng Ho ke Asia dan Afrika. Wartawan kami telah mewawancara pakar sejarah terkenal China yang menyelidik tentang Cheng Ho, iaitu penyelidik Institut Laut Akademi Sains China, Encik Zheng Yijun dan pensyarah Fakulti Sejarah Universiti Nanjing, profesor Wan Chaolin. Dalam rencana kali ini, kedua-dua pakar tersebut akan memperkenalkan Laksamana Cheng Ho kepada saudara.
Cheng Ho dilahirkan dalam sebuah keluraga yang menganut agama Islam di kampung Hedai, pekan Kunyang, kaunti Jinning, provinsi Yunnan China. Nama timang-timangan Cheng Ho ialah "San Bao" dan juga disebut sebagai "Sida San Bao". Tentang asal usul nama "San Bao" banyak penjelasan tentang hal itu. Ada orang berkata, kata San Bao berasal daripada kata dalam bahasa Arab "Abdul Subbar". Juga ada orang berkata Cheng Ho memang anak lelaki ketiga maka dipanggil "San Bao". Tentang perkataan tersebut, Encik Zheng Yijun berpendapat kata San Bao berkaitan dengan peristiwa Cheng Ho mememelih agama Buddha setelah dewasa. Beliau berkata kepada wartawan,
"Buku Cheng Ho yang ditulis oleh bapa saya yang diterbitkan pada tahun 1944 telah menyebut penjelasan tentang kata San Bao, iaitu San Bao adalah perkataan agama Buddha."
Dulunya Cheng Ho bernama Ma Ho, kenapa kemudian diubah menjadi "Cheng Ho"? Zheng Yijun berpendapat, nama keluarga Cheng Ho dikurniakan oleh raja, raja Zhu Di Dinasti Ming menyatakan rasa gembira terhadap pegawainya melalui mengurniakan nama keluarga. Encik Zheng Yijiun berkata,
"Cheng Ho dikurniakan nama keluarga "Cheng" pada hari pertama tahun 1403 Masehi Imlek China. Pada hari pertama setiap tahun Imlek China adalah masa bagi setiap pegawai mengucapkan selamat tahun baru kepada raja, dalam upacara yang begitu meriah, raja mengurniakan nama keluarga "Cheng" kepada Cheng Ho menandakan beliau akan menanggung tugas penting, iaitu beliau akan mengetuai Armada belayar ke Asia dan Afrika."
Menurut catatan sejarah, ada dua penjelasan tentang kematian Cheng Ho. Satu pendapat menjelaskan ketika Cheng Ho belayar ke Asia dan Afrika pada kali ketujuh, dalam perjalanan kembali ke China beliau meninggal dunia kerana mengalami penyakit di India. Dan satu lagi pendapat menjelaskan Cheng Ho meninggal dunia di Nanjing.
Tentang kematian Cheng He, profesor Wan Chaolin dan Zheng Yijun berpendapat Cheng Ho meninggal dunia di seberang laut dan jenazahnya tidak dibawa balik ke China, maka jenazahnya dikebumikan di seberang laut. Mereka menafikan kemungkinan jenazah Cheng Ho dikebumikan di laut. Profesor Wan berkata,
"Jenazah Cheng Ho tidak mungkin dibuang ke laut, beliau mungkin meninggal dunia kerana mengalami penyakit di daratan, akan tetapi jenazah sukar dibawa kembali ke China kerana kekurangan teknologi pencegahan reput pada masa itu, maka jenazahnya dikebumikan di tempat itu. Kubur Cheng Ho di Nanjing mungkin menguburkan baju Cheng Ho."
Encik Zheng Yijun berkata,
"Cheng Ho meninggal dunia di India, tarikhnya mungkin pada awal April tahun 1433 Masehi. Cheng Ho ialah seorang pegawai China yang penting, identitinya amat istimewa, seharusnya dibawa balik ke China untuk dikebumikan. Tetapi keadaan pada masa itu tidak mengizinkan, maka beliau dikebumikan di seberang laut, jenazahnya tidak mungkin dibuang ke laut."
|