Menurut berita CRI, Perdana Menteri China Wen Jiabao hari ini di Kunming China menyatakan, China bermula pada tahun 2006 akan secara sepihak memperluas lingkungan pengurangan tarif keutamaan barangan kepada Laos, Kemboja dan Myanmar untuk meningkatkan perdagangan di rantau ini.
Demikian dinyatakan oleh beliau dalam Sidang Kemuncak ke-2 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Mekong Besar yang dirasmikan hari ini.
Wen Jiabao menegaskan, pelbagai negara di Subkawasan Mekong Besar harus memudahkan perdagangan dan pelaburan, menyeragamkan peraturan dan prosedur kastam yang standard, menghapuskan rintangan perdagangan dan pelaburan, menyediakan iklim yang baik untuk pertukaran komoditi dan pekerja.
|