Menurut berita CRI, Sidang Kemuncak ke-2 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Mekong Besar(GMS) hari ini di Kunming meluluskan "Rangka Tindakan Strategik Memudahkan Perdagangan dan Pelaburan di kalangan anggota GMS.
Rangka tindakan tersebut menetapkan matlamat dan tindakan untuk memudahkan prosedur kastam, pemeriksaan dan kuarantin, pengedaran barangan dan pertukaran usahawan antara pelbagai negara di kawasan itu.
|