|
Menurut berita CRI, Sidang Kemuncak ke-2 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Mekong Besar yang sedang diadakan di Kunming China hari ini meluluskan "Perisytiharan Kunming" untuk meningkatkan hubungan rakan. Perisytiharan tersebut menetapkan matlamat kerjasama pelbagai negara di rantau itu pada masa akan datang, iaitu meningkatkan pembinaan infrastruktur, memperbaiki iklim pelaburan dan meningkatkan pembangunan alam sekitar dan sosial.
Dalam perisytiharan tersebut ditegaskan, tanggungjawab utama pelbagai negara itu ialah membasmi kemiskinan, meningkatkan kerjasama pertanian, menjamin keselamatan bekalan makanan, menetapkan strategi pengangkutan subkawasan, meningkatkan pengurusan kewangan, menyediakan iklim pelaburan yang mempunyai daya saing yang kuat. Meningkatkan pencegahan dan kawalan wabak binatang, meningkatkan hubungan rakan antara perusahaan swasta, kalangan akademi dan kalangan rakyat pelbagai negara di kawasan itu.
|