Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-05 16:10:54    
China Keluarkan Laporan Kerjasama Subkawasan Mekong Besar

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, dalam tempoh Sidang Kemuncak ke-2 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Mekong Besar, Kementerian Luar China bersama-sama kementerian lain mengeluarkan "Laporan Negara China Sertai Kerjasama Subkawasan Mekong Besar".

Dalam laporan itu dijelaskan, kerjasama penerokaan sumber alam di subkawasan Mekong besar merupakan tindakan penting dasar luar China terhadap negara jiran. Selama beberapa tahun ini, China mengekalkan prinsip perbincangan sama rata, saling menguntungkan dan berkembang bersama, secara aktif menyertai kerjasama subkawasan Mekong besar dalam pelbagai bidang. Hubungan dengan 5 negara di kawasan itu dalam bidang politik, ekonomi, masyarakat, budaya dan lain-lain terus meningkat.

Dalam laporan itu dinyatakan, China telah menganggotai "Perjanjian Memudahkan Pengangkutan Awam dan Barangan di Subkawasan Mekong Besar", menandatangani "Perjanjian Penjualan Tenaga Elektrik di Kalangan Negara Subkawasan Mekong Besar", dan secara aktif mendorong proses memudahkan pelaburan dan perdagangan, pertukaran maklumat, pembinaan koridor jaminan perlindungan kepelbagaian haiwan dan tumbuhan, dan juga mengadakan beberapa program latihan dalam bidang penerokaan tenaga kerja, kesihatan, telekomunikasi, pertanian dan lain-lain.