Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-06 15:58:30    
China Bersungguh-sunggun Cegah Penyakit AIDS

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang Antarabangsa Penyakit AIDS Asia-Pasifik Ke-7 telah ditutup di Kobe, Jepun semalam. Wakil-wakil pelbagai negara telah mengadakan perbincangan tentang isu pencegahan dan rawatan pesakit AIDS serta bantuan masyarakat dalam bidang tersebut. Naib Menteri Kesihatan China, Wang Longde telah menyampaikan ucapan dalam sidang kali ini yang memaklumkan tindakan kerajaan China untuk mencegah dan merawat pesakit AIDS.

Wang Longde berkata, perebakan penyakit AIDS berada pada tahap rendah di China pada keseluruhannya, namun perebakan penyakit itu di kalangan tertentu amat serius. Menurut beliau, kerajaan China menghadapi cabaran untuk membanteras kegiatan penagih dadah menggunakan jarum suntikan dan kegiatan pelacur kerana budaya timur dan konsep pandangan tradisional masyarakat.

Wang Longde menyatakan kerajaan China bersungguh-sungguh melaksanakan usaha mencegah perebakan penyakit AIDS di kalangan rakyat yang menghadapi risiko tinggi, dan usaha tersebut dilakukan dengan mengutamakan kepentingan mereka.

Dewan Negara China dalam Pengumuan Meningkatkan Kerja Pencegahan dan Rawatan Pesakit AIDS pada tahun lepas telah menuntut supaya menyediakan ubat-ubatan kepada pesakit AIDS di tempat yang mengalami perebakan penyakit AIDS dengan serius akibat penagihan dadah.

Selain itu, jabatan pencegahan dan kawalan penyakit pelbagai peringkat telah menubuhkan pasukan kerja yang bertugas mencegah jangkitan virus HIV kepada pelayan perempuan dan golongan homoseksual. Kini, kerajaan China telah menetapkan rancangan kerja dan melatih tenaga profesional untuk melaksanakan tindakan tersebut.