Menurut berita CRI, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen hari ini di Kunming China menyatakan, kejayaan Sidang Kemuncak Kedua Kerjasama Ekonomi Subkawasan Mekong Besar akan mendorong pembangunan pelbagai negara di kawasan itu.
Hun Sen berkata, sidang kali ini sangat berjaya dan telah mengeluarkan Perisytiharan Kunming. Para pemimpin telah menandatangani empat perjanjian dan merangka rancangan pembangunan subkawasan Mekong Besar, rancangan itu akan memangkin pembangunan sosioekonomi negara berkaitan.
|