Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-06 13:36:07    
Lawatan Perdamaian

CRI

Pada 600 tahun yang lalu, ahli pelayaran terkenal Dinasti Ming China, Cheng Ho mengetuai armada yang terdiri daripada lebih 200 buah kapal dan lebih 27,800 anak kapal, bertolak dari kuala Liu Jia, Taicang provinsi Jiangsu belayar ke Asia dan Afrika. Dalam tempoh 28 tahun, armada Laksamana Cheng Ho pernah belayar ke Asia dan Afrika sebanyak 7 kali dan pernah melawat lebih 30 buah negara Asia dan Afrika, meneroka pertukaran lawatan melalui laut dengan negara asing yang skopnya paling besar dalam sejarah China.

Pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika adalah peristiwa penting dalam sejarah pelayaran China dan dunia, beliau juga diakui umum adalah ahli pelayaran terkenal dalam sejarah dunia. Pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika telah mencerminkan semangat bangsa China membuka pintu kepada negara luar, perdamaian, bersahabat dan bekerjasama dengan negara lain, semangat itu merupakan tenaga dorongan pembangunan bangsa China pada ratusan tahun lalu.

Tahun ini ulang tahun ke-600 pelayaran laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika, pelbagai aktiviti memperingati peristiwa itu telah diadakan di pelbagai tempat di China. Dalam Forum Keilmuan Antarabangsa Sempena Ulang Tahun ke-600 Pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika yang diadakan di kota Nanjing China, wartawan kami telah mewawancara pakar dan sarjana yang menyelidik Cheng Ho, mereka masing-masing menyanjung tinggi pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika.

Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Sejarah dan Geografi China Universiti Fudan, Profesor Ge Jianxiong pernah menjejak kesan pelayaran Cheng Ho di Kenya. Beliau berkata, armada Cheng Ho tidak meninggalkan sebarang bangunan di Afrika Timur dan Asia Barat yang mereka pernah singgah. Ini membuktikan tujuan pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika bukan pencerobohan dan perluasan kuasa, tidak hendak dan tidak ingin menangani apa-apa pentadbiran di tempat singgahan tersebut. Wilayah China pada Dinasti Ming cukup besar bagi rakyat China, maka Cheng Ho belayar ke negara lain tidak berniat menjajah, tindakan itu bersesuaian dengan trend perkembangan sejarah China dan keperluan masyarakat pada masa itu. Beliau berkata,

"Pelayaran Cheng Ho pada hakikatnya adalah lawatan perdamaian, untuk mempamerkan kekuatan kerajaan Dinasti Ming, maka tidak perlu membina bangunan ketika tiba di sesebuah tempat, bahkan tidak perlu membina pangkalan tentera atau pusat pentadbiran penjajahan, maka di kebanyakan tempat yang pernah Cheng Ho sampai kita tidak menemui kesan Cheng Ho."

Ketua Pengarah Pejabat Penyelidikan Sejarah Dinasti Ming Institut Sejarah Akademi Sains dan Sosial China, Wan Ming berpendapat bahawa pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika menandakan pertukaran lawatan China dengan negara asing dijalankan melalui jalan darat berubah melalui jalan laut. Encik Wan Ming berkata,

"Melaka terkenal pada zaman purba, perkembangan kerajaan Melaka berkaitan erat dengan Cheng Ho, ia menjadi satu pusat perdagangan yang amat makmur. Ini menandakan hubungan negara barat dengan timur dimulakan pada zaman itu."

Ketua Pengarah Pusat Kebudayaan China Universiti Bandar Hong Kong, Zheng Peikai berpendapat bahawa Cheng Ho belayar ke Asia dan Afrika bertujuan menjalin hubungan persahabatan dengan negara asing. Beliau berkata kepada wartawan,

"Cheng Ho belayar ke Asia dan Afrika tidak berniat merompak, menjajah atau menduduki tempat yang pernah beliau singgah. Berbanding dengan kuasa Eropah, misalnya Colombus tiba di benua Amerika bertujuan untuk menduduki tempat itu."

Ketika memperkatakan erti pelayaran Cheng Ho dalam konteks zaman ini, Zheng Peikai berkata,

"Saya berpendapat pengaruh pelayaran Cheng Ho pada abad ke-15, ke-16, ke-17 dan ke-18 tidak begitu besar, tetapi pada abad ke-20 dan ke-21, ia telah menjadi penting. Ini kerana selepas mengalami perkembangan 600 tahun, seluruh dunia sudah menjadi satu perkampungan sejagat, ketika kita memperkatakan perkembangan seluruh dunia dan manusia, kita mengingati Cheng Ho tidak pernah merompak pada zaman dahulu, sejarah itu amat bererti penting pada masa dahulu dan sekarang."