|

( Bao Chuan )
Ahli pelayaran Dinasti Ming China yang juga diplomat terkenal China Cheng Ho mengetuai armada bertolak pada 11 Julai 1405 sehingga tahun 1433, belayar ke Asia dan Afrika sebanyak 7 kali dalam tempoh 28 tahun, pernah melawat lebih 30 buah negara dan kawasan dan meningkatkan hubungan persahabatan China dengan Asia Tenggara dan Afrika Timur.

( Bao Chuan )
Armada Cheng Ho, terdiri daripada 5 jenis kapal. Pertama jenis kapal yang dipanggil "Bao Chuan". Kapal "Bao Chuan" yang paling besar sepanjang 148 meter, lebarnya 60 meter, jumlah muatannya 800 tan. Kapal jenis itu dapat membawa lebih seribu orang anak kapal dan merupakan kapal terbesar di dunia pada masa itu. Kemudi kapal itu perlu diangkat oleh 200 hingga 300 orang. Jenis kedua, dipanggil kapal "Ma Chuan", panjangnya lebih 123 meter dan lebarnya 50 meter. Jenis ketiga dipanggil kapal "Liang Chuan" yang sepanjang lebih 90 meter dan lebarnya 40 meter. Jenis keempat dipanggil kapal "Zuo Chuan", panjangnya 80 meter, lebarnya lebih 31 meter. Jenis kelima dipanggil kapal "Zhan Chuan", panjangnya 60 meter dan lebarnya hampir 23 meter. Lima jenis kapal tersebut ada digunakan mengangkut untuk barangan, ada mengangkut bahan makanan, ada untuk menghadapi serangan dan ada untuk anak kapal tinggal.

( Ma Chuan )
Bagaimana armada Cheng Ho yang begitu besar belayar di laut dan bagaimana setiap kapal tersebut berhubung? Dalam rencana kali ini, kami telah mewawancara beberapa pakar China untuk megetahui tentang armada Cheng Ho.
Ketika memperkatakan pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika, kita terlebih dahulu perlu mengetahui konsep "Laut Barat" pada zaman purba di China. Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Sejarah dan Geografi China Universiti Fudan, Profesor Ge Jianxiong memberitahu wartawan, pada zaman purba di China, rakyat tidak mengetahui sangat tentang keadaan lautan. Misalnya pada zaman Dinasti Han, biasanya orang menyebut kawasan di sebelah selatan China sebagai "Laut Selatan", seiring dengan teknologi pelayaran berkembang, maka konsep tentang sebuah kawasan amat berbeza. Misalnya konsep "Laut Barat", Encik Ge Jianxiong berkata,
"Pertama ketika memperkatakan konsep Asia Timur, sebenarnya Asia Timur disebut berbeza dengan Laut China Selatan, biasanya menunjukkan arah sebelah timur Sumatera Indonesia sekarang. Sejak Dinasti Song China, seiring dengan orang Arab dan beberapa ahli pelayar selalu datang ke China, terutamanya pada Dinasti Yuan, masyarakat telah berkembang maju, konsep "Laut Barat" muncul, biasanya menunjukkan arah dari sebelah barat Kalimantan sehingga ke Laut Hindi termasuk sebahagian Kepulauan Indonesia."

( Liang Chuan )
Maka bagaimana armada yang bagitu besar belayar di laut? Profesor Fakulti Sejarah Universiti Nanjing, Wan Chaolin berkata kepada wartawan,
"Armada yang begitu besar balayar berderet sepanjang puluhan kilometer di laut. Pada masa itu, kapal "Bao Chuan" berjalan di tengah-tengah sebagai pusat pimpinan, di sekitarnya kapal "Zuo Chuan", ia sama seperti kapal pimpinan tentera laut sekarang dan juga mempunyai keupayaan mempertahankan serangan yang hebat, berfungsi mengawal kapal "Bao Chuan". Di luar kapal "Zuo Chuan" adalah kapal "Ma Chuan", iaitu kapal pengangkut tetapi ia juga berkemampuan untuk menyerang musuh. Di kawasan paling luar adalah kapal "Liang Chuan", ia bukan sahaja boleh menyokong kapal perang tetapi juga boleh membekalkan bahan makanan kepada kapal lain. Kapal "Zhan Chuan" sebanyak lebih 100 buah, ia belayar di depan sekali dan paling belakang armada untuk mengawal keselamatan seluruh armada."

( Zuo Chuan )
Ketika wartawan bertanya bagaimana setiap anak kapal dalam armada itu saling berhubung, Encik Wan Chaolin berkata,
"Cara menghantar maklumat adalah berdasarkan cara tentera laut pada zaman Dinasti Song dan Yuan China, iaitu menggunakan bendera yang berbeza menyampaikan maklumat yang tertentu pada siang hari. Pada malam hari mereka menggunakan lampu sebagai isyarat. Jika hujan, salji atau semasa berperang, bunyi canang akan meningkatkan semangat anak kapal serentak itu juga berfungsi untuk menghantar maklumat."

( Zhan Chuan )
|