|

Wartawan CRI melaporkan, 11 Julai merupakan hari peringatan ulang tahun ke-600 pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika. Ekspo Pelayaran Cheng Ho merupakan salah satu daripada 6 aktiviti peringatan penting yang diadakan oleh kerajaan China. Ekspo itu telah dirasmikan di Shanghai hari ini.
Upacara perasmian Ekspo Pelayaran Cheng Ho dan Lautan Antarabangsa yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Komunikasi China, Suruhanjaya Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan, Jabatan Pentadbiran Lautan Negara China dan kerajaan bandar Shanghai telah diadakan di Pusat Pameran Shanghai pagi tadi.

Seramai 700 orang pegawai kerajaan, tetamu dari dalam dan luar negara antaranya termasuk lebih 50 orang konsul pelbagai negara di Shanghai telah menghadiri upacara perasmian tersebut.
|