Menurut Agensi Berita Xinhua China, jurucakap Kementerian Luar Vietnam semalam menyatakan Vietnam berusaha menganggotai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) pada akhir tahun ini selepas berjaya dalam rundingan dengan Amerika Syarikat, China dan pelbagai negara lain.
Jurucakap Kementerian Luar Vietnam dalam sidang akhbar semalam berkata Amerika Syarikat telah memberi sokongan kepada Vietnam untuk menganggotai WTO semasa Perdana Menteri Vietnam Phan Van Khai mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat baru-baru ini. Kedua-dua pihak akan mengadakan rundingan lanjut pada bulan Julai ini dan dijangka akan mencapai kejayaan dalam masa terdekat. Veitnam bersedia menganggotai WTO secepat mungkin pada tahun ini.
|