Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-09 14:28:51    
Arroyo akan Jalankan Rombakan Kabinet

CRI
Wartawan CRI melaporkan, oleh sebab pelbagai lapisan masyarakat Filipina menuntut Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo meletakkan jawatannya, Angkatan Bersenjata Filipina semalam mengumumkan Metromanila berada dalam keadaan berjaga-jaga tertinggi. Presiden Arroyo malam semalam menyatakan, beliau akan menjalankan rombakan kabinet.

Seramai 10 orang anggota kabinet Filipina telah meletakkan jawatan dengan alasan presiden tidak berkemampuan mentadbir negara lagi serta menggesa Arroyo meletakkan jawatan segera.

Ketua Turus Angkatan Bersenjata Filipina, Efren Abu memerintah pasukan tentera yang bertempat di Manila berada dalam keadaan berjaga-jaga tertinggi bermula pukul 12 tengah hari semalam.

Pada malam semalam, Arroyo telah menyampaikan ucapan ringkas menerusi radio sebagai berkata, beliau tidak alam meletakkan jawatannya. Beliau akan mengumumkan senarai nama kabinet baru dalam tempoh dua hari akan datang.