Menurut Agensi Berita Xinhua China, hari ini merupakan "Hari Pelayaran" pertama di China. Naib Menteri Komunikasi China, Xu Zuyuan di Beijing hari ini menyatakan, penetapan "Hari Pelayaran" bererti penting bagi penerokaan laut, memelihara hak kawasan perairan.
Demikian dinyatakan oleh Xu Zuyuan dalam perhimpunan perayaan "Hari Pelayaran" hari ini. Beliau berkata, pada 600 tahun yang lalu. armada yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ho telah melayar ke lebih 30 negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam tempoh 28 tahun. Kerajaan China menetapkan 11 Julai, iaitu hari armada Cheng Ho bertolak sebagai "Hari Pelayaran" mencerminkan kebudayaan pelayaran China yang bersejarah lama dan semangat bangsa.
|