Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-11 14:32:21    
China Berusaha Selesaikan Masalah Sumber Tenaga

CNR

Seiring dengan perkembangan integrasi ekonomi sejagat, sumber minyak semakin kurang cukup, harga minyak naik tinggi, masalah sumber tenaga menyekat pertumbuhan ekonomi China. Sehubungan dengan itu, mengembangkan industri yang "mencairkan arang batu untuk menghasilkan minyak" menarik perhatian kalangan sumber tenaga China.

Berdasarkan statistik, pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah minyak yang dimport di China meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 2004, keluaran minyak berjumlah 175 juta tan di China, manakala jumlah penggunaan minyak melebihi 300 juta tan, minyak import berjumlah 140 juta tan. Kadar sandaran luar negara melebihi 40%.

Naib Ketua Pengarah Bahagian Industri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan China encik Chen Shihai menyatakan, disebabkan harga minyak antarabangsa terus meningkat, industri kimia yang menggunakan arang batu sebagai bahan mentah semakin mempunyai keunggulan dalam saingan, maka China mula melaksanakan beberapa projek industri "mencairkan arang batu untuk menghasilkan minyak".

Arang batu merupakan sumber gali-galian yang jumlah simpanan paling besar di dunia, jumlah arang batu yang ditemui di China menduduki 11% jumlah arang batu di dunia. Pada tahun 2004, jumlah keluaran arang batu di China mencatat hampir 2 bilion tan, menduduki tempat pertama di dunia.

China maju dalam teknologi "mencairkan arang batu untuk menghasilkan minyak". Berdasarkan makluamt pegawai berkenaan, tindakan "mencairkan arang batu untuk menghasilkan minyak" merupakan cara berkesan menggunakan dengan efisien tinggi sumber tenaga dan melindungi ekologi alam sektiar.

Dalam seminar kali ini, ramai pegawai kerajaan, pakar penyelidikan sumber tenaga dan pemimpin perusahaan berbincang tentang isu memainkan keunggulan sumber arang batu China, menyelesaikan kekurangan minyak dengan menggunakan teknologi maju dan lain-lain.

Berdasarkan maklumat para peserta, kerajaan China harus menumpukan perhatian terhadap isu penggunaan sumber tenaga dengan perlindungan ekologi alam sekitar, perkembangan secara harmoni manusia dan alam sekitar semasa melaksanakan projek "mencairkan arang batu untuk menghasilkan minyak".