Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-11 14:34:10    
Telefon Bimbit Mengubah Kehidupan Rakyat China

Agensi Berita Xinhua China

Pada masa ini, teknologi tinggi sedang mengubah kehidupan kita.

Encik Wang, penduduk bandar Beijing China berkata kepada wartawan CRI, "Dalam masyarakat moden, kita paling suka telefon bimbit yang menggabungkan pelbagai fungsi termasuk MP3, kamera digital dan permainan elektronik."

Pada masa ini, China telah berkembang menjadi pasaran telefon bimbit terbesar di dunia. 1/3 jumlah keseluruhan pengguna telefon bimbit dunia ialah penduduk China.

Pada awal tahun 2005, jumlah pengguna telefon bimbit mencatat lebih 325 juta di China. Nisbah warganegara China mempunyai telefon bimbit mencapai 25.1% iaitu menduduki tempat pertama di dunia.

Ketua Pengarah Institut Pengurusan Ekonomi Universiti Telekomunikasi Pos China Encik Lv Tingjie memaklumkan, "Berdasarkan perkembangan pada masa ini, China mempunyai potensi besar untuk mengembangkan terus pasaran telefon bimbit. Saya berpendapat bahawa jumlah pengguna telefon bimbit di China akan melebihi 400 juta orang. Ini juga menjelaskan kenapa terdapat begitu banyak perusahaan telekomunikasi asing giat melabur di pasaran China."

Tambah beliau, sejak memasuki pasaran China pada tahun 1985, pelbagai perusahaan transnasional termasuk Nokia mempengaruhi pasaran China. China beransur-ansur menyempurnakan perkhidmatan telefon bimbit dan telekomunikasi sehingga berjaya mencapai taraf maju di arena antarabangsa.

Setelah mengalami perkembangan selama kira-kira 20 tahun, komunikasi telefon bimbit bukan sahaja hanya digunakan untuk tujuan perhubungan, tetap juga digunakan untuk mengambil gambar, permainan, dan muatturun irama muzik. Selain itu, China juga telah menambah banyak jenis perkhidmatan melalui telefon bimbit seperti pemindahan wang di akaun bank, pembelian saham, melayari internet, mengetahui ramalan cuaca dan menelefon melaui TV dalam telefon bimbit.

Ketua Jabatan Urus Niaga Telefon Bimbit Sohu Encik Yue Guofeng berpendapat bahawa pada masa ini, laporan berita yang mengutamakan tulisan dalam perkhidmatan WAP melaui telefon bimbit sudah tidak dapat memenuhi keperluan pengguna telefon bimbit itu.

Encik Yang, pengguna telefon bimbit China berkata, "Saya berharap menggunakan telefon bimbit menonton program TV, misalnya warta berita, pelbagai pertandingan sukan termasuk Sukan Olimpik dan pertandingan boal sepak Piala Dunia, pelbagai persembahan nyanyian, rancangan siaran langsung dan lain-lain. Saya akan menaikmati lebih banyak kemudahan melaui perkhidmatan tersebut."

Tokoh komunikasi berpendapat bahawa internet akan menyediakan lebih banyak perkhidmatan yang bertaraf tinggi pada masa akan datang. Seiring dengan ketibaan teknologi 3G, perkhidmatan lajur lebar dalam sistem telefon bimbit akan meningkatkan berkali ganda fungsi perkhidmatan telefon bimbit yang ada sekarang.

----AZMI