Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-11 14:34:10    
China Tingkatkan Pengurusan di Institusi Pengajian Tinggi

CRI

Pada masa ini, terdapat hampir 2000 institusi pengajian tinggi di China dengan jumlah pelajar melebihi 13 juta orang. Kementerian Pendidikan China mengumumkan "Peraturan Baru Pengurusan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi" baru-baru ini untuk membolehkan para pelajar berkembang sihat dari segi fizikal dan mental selain memperoleh pengetahuan. Peraturan itu akan dikuatkuasakan pada 1 September tahun ini.

Dalam tempoh lebih sepuluh tahun kebekalangan ini, sosioekonomi China berkembang dengan pesat, masyarakat mengalami perubahan besar, ini mempengaruhi secara mendalam konsep dan sistem pendidikan di institusi pengajian tinggi. Di samping itu, disebabkan kebanyakan mahasiswa China sekarang dilahirkan setelah kerajaan melaksanakan dasar pembaharuan dan buka pintu, berbanding dengan mahasiswa pada masa dahulu, pandangan mereka lebih terbuka. Manakala "Peraturan Pengurusan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi" yang sedia ada di China ditetapkan pada 15 tahun yang lalu, kebanyakan fasal peraturan tersebut tidak sesuai lagi dengan keperluan pada zaman sekarang. Sehubungan dengan itu, kerajaan China mengumumkan "Peraturan Pengurusan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi" yang baru.

Ketua Pengarah Bahagian Pelajar Kementerian Pendidikan China puan Li Huiqing memaklumkan,

"Berdasarkan "Peraturan" baru itu, standard hukuman terhadap pelajar yang melanggar disiplin lebih jelas, prosedur pengurusan lebih standard; di samping itu, fasal-fasal seperti pelajar berhak menjelaskan, membantah dan merayu terhadap hukuman juga ditambah dalam "Peraturan" baru itu. Fasal-fasal tersebut bermanfaat bagi melindungi hak dan kepentingan yang sah para pelajar."

Siswazah Universiti Perundangan China Li Bin menyanjung tinggi Peraturan baru itu. Beliau berpendapat fasal-fasal baru tersebut mencerminkan semangat "mengutamakan kepentingan manusia". Beliau berkata,

"Sesuatu ketetapan hukuman sentiasa menjejaskan kehidupan masa depan pelajar. Sehubungan dengan itu, saya bersetuju pelajar berhak menjelaskan, membantah dan merayu terhadap hukuman yang dikenakan terhadap mereka. Saya berpendapat tindakan pihak universiti tidak mungkin sentiasa tepat, mungkin adakalanya juga terdapat kesilapan. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat hak yang diberikan kepada para pelajar tersebut amat diperlukan."

Fasal tentang membenarkan mahasiswa berkahwin dalam Peraturan baru itu juga menjadi salah satu topik yang banyak dibincangkan oleh pihak media dan pelbagai lapisan masyarakat China. Pada masa dahulu, berdasarkan "Peraturan Pengurusan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi" yang lama, mahasiswa tidak diizinkan berkahwin semasa mereka masih menuntut di universiti. Akan tetapi berdasarkan "Peraturan" baru itu, mahasiswa dibenarkan berkahwin. Cik Wang Lingjing yang sedang belajar di Universiti Tsinghua—universiti yang terkenal di China memberitahu wartawan,

"Saya berpendapat, disebabkan kerajaan tidak lagi melaksanakan sekatan umur terhadap pelajar melanjutkan pengajian di universiti, maka katogeri pelajar di universiti mengalami perubahan pada masa ini, umur mereka berbeza antara satu sama lain seperti pada masa dahulu. Sehubungan dengan itu, kerajaan mempertimbang kepentingan para pelajar dalam dasar yang baru itu agar mahasiswa berhak mempunyai pilihan sendiri. Pada masa ini, para pelajar di universiti bersikap tenang terhadap hal itu."

----Ching