Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-11 14:34:10    
China Meningkatkan Pembangunan Keselamatan Awam

Agensi Berita Xinhua China

Menteri Keselamatan Awam China Zhou Yongkang dalam Sidang Kebangsaan tentang Kerja Antirasuah dan Pentadbiran Bersihan Badan Keselamatan Awam China baru-baru ini menegaskan, badan pelbagai peringkat berkaitan harus mengambil tindakan yang berkesan, menjadikan badan Keselamatan Awam China lebih telus, melaksanakan undang-undang dengan tegas dan adil untuk mendorong pembangunan Keselamatan Awam China, meningkatkan usaha antirasuah dan pentadbiran bersih.

Menurut Zhou Yongkang, pegawai Keselamatan Awam China harus taat setia kepada negara dan rakyat serta mematuhi undang-undang. Akan tetapi, beberapa kelemahan masih wujud sekarang, misalnya, terdapat sejumlah kecil pegawai badan berkaitan melanggar undang-undang dan disiplin, beberapa anggota polis tidak mematuhi disiplin, cara kerja mereka kasar bahkan menjalankan tugas dengan mempertimbangkan kepentingan peribadi, menyeleweng, menerima rasuah dan lain-lain sebagainya. Tindakan mereka telah menjejaskan dengan serius hubungan antara parti dan kerajaan dengan rakyat, menjejaskan imej Keselamatan Awam China, ini sama sekali tidak dibenarkan. Badan Keselamatan Awam pelbagai peringkat berkaitan harus mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China dan sidang pleno ke-2 Suruhanjaya Disiplin Pusat, mengambil tindakan yang berkesan untuk menyelesaikan isu-isu tersebut, memelihara reputasi dan kehormatan Keselamatan Awam China serta mendapatkan semula kepercayaan rakyat.

Zhou Yongkang menegaskan, kerja antirasuah dan pentadbiran bersih harus mula dilaksanakan di peringkat pimpinan. Pertama, pegawai keselamatan awam pelbagai peringkat harus belajar Teori Deng Xiaoping dan fahaman penting "PKC iaitu mewakili permintaan tenaga produkti hadapan China untuk trend pembangunan, mewakili arah kemajuan budaya China dan mewakili kepentingan asas majoriti rakyat China"; mematuhi pelbagai peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat tentang pegawai mesti berdisiplin dan bersih; membina dan menyempurnakan mekanisme penyeliaan pelantikan dan pengawasan pegawai keselamatan awam, benar-benar meningkatkan penyeliaan terhadap pelaksanaan kuasa pegawai pelbagai peringkat; kedua, menyiasat dan menguruskan kes yang penting, memecat pegawai yang menjejaskan imej Keselamatan Awam China, tidak mengizinkan mereka yang didapati melakukan rasuah bekerja di badan Keselamatan Awam. Ketiga, menyelesaikan isu anggota polis di beberapa tempat yang tidak memperdulikan masalah penduduk, menjejaskan perasaan dan kepentingan penduduk untuk menegakkan imej polis yang baik dan keempat, menghapuskan gejala pegawai polis melaksanakan undang-undang dengan tidak adil, menjalankan tugas dengan mempertimbangkan kepentingan peribadi dan melanggar undang-undang supaya mereka menjalankan tugas untuk negara dan melaksanakan pentadbiran untuk rakyat. Meningkatkan pendidikan sistem undang-undang terhadap anggota polis, membentuk kesedaran dan konsep agar anggota polis melaksanakan undang-undang dengan adil. Pelaksanaan undang-undang badan Keselamatan Awam harus diselia dan dipantau dengan berkesan.

Zhou Yongkang menuntut badan Keselamatan Awam pelbagai peringkat China harus melaksanakan sistem tanggungjawab pembangunan pentadbiran bersih, mengawal gejala rasuah, meningkatkan pembangunan sistem. Pegawai Keselamatan Awam China harus meningkatkan kualiti sendiri, bekerja dengan cekap, berkerja dengan baik dan melaksanakan undang-undang dengan adil.

----Ching