Hari ini merupakan hari ulang tahun ke-600 pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika. Sempana sambutan ulang tahun pelayaran tersebut, banyak aktiviti peringatan telah dilaksanakan di pelbagai tempat di China. Dalam aktiviti tersebut telah dikemukakan usul "mencintai tanah air, mewujudkan tetangga baik dengan negara-negara jiran, menjalankan pelayaran secara saintifik" agar semangat pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika dalam sejarah China memainkan peranan dorongan pada zaman baru.
Berdasarkan maklumat encik Yao Mingde, Ketua Pengarah Pejabat Kumpulan Pimpinan Persiapan Aktiviti Memperingati Ulang Tahun ke-600 Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika, pelbagai persiapan aktiviti peringatan sedang dilaksanakan dengan lancar. Pegawai kerajaan dan pertubuhan kalangan rakyat, jabatan komunikasi, laut, pengeluar kapal, kebudayaan, pendidikan dan sukan, pertubuhan masyarakat antaranya Liga Pemuda, persatuan perantau China dan orang keturunan Cina di luar negara serta Kesatuan Sekerja Pembangunan anak kapal di Provinsi Jiangsu, Fujian, Yunnan, bandar Beijing, Shanghai dan lain-lain telah menyertai aktiviti peringatan tersebut; tapak tinggalan sejarah aktiviti pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika telah dibaik pulih atau diperluas di bandar Nanjing, Taicang, Changle dan Kunming; jabatan kerajaan China di luar negara, saudara setanah air Hong Kong, Makau dan Taiwan serta perantau China, orang keturunan Cina di luar negara menumpukan perhatian dan memberi bantuan menjayakan aktiviti peringatan tersebut.
Pelbagai aktiviti peringatan telah diadakan baru-baru ini dan menarik perhatian orang ramai. "Pameran Peringatan Ulang Tahun ke-600 Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika" yang dirasmikan di Muzium Negara pada 6 Julai lalu merupakan pameran peringatan khas pertama secara besar-besaran diadakan di China. Dalam pameran itu, diperkenalkan semangat bangsa China yang tidak tunduk kepada kesukaran dan berusaha untuk meneroka. Dokumenteri televisyen khas yang bertema "Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika pada tahun 1405" telah selesai difilemkan di lebih 10 negara dan kawasan. Dokumenteri tersebut mencatat fakta sejarah pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika. "Forum Akademi Antarabangsa tentang Ulang Tahun ke-600 Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika" diadakan di bandar Nanjing baru-baru ini, seramai lebih 500 pakar dan sarjana dalam dan luar negara menyertai forum itu, mereka mempamerkan lebih 200 artikel tentang pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika.
Sempena ulang tahun ke-600 memperingati pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika, kerajaan provinsi Yunnan-- kampung halaman Cheng Ho mengumpulkan dana untuk mengadakan lebih 10 aktiviti peringatan; kerajaan bandar Shanghai memperuntukkan dana untuk membina "Muzium Pelayaran China" yang paling besar di Asia. Manakala, di bandar Taicang Provinsi Jiangsu, tempat permulaan pelayaran Cheng Ho, "Pesta Pelayaran Taicang" telah diadakan dengan berjaya, "Dewan Peringatan Cheng Ho" telah dibina semula. Jabatan Am Pos China mengedarkan "Setem Peringatan Pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika". Kementerian Komunikasi dan kerajaan bandar Shanghai bersama-sama mengadakan latihan penyelamat di Laut Timur China.
Dengan mengadakan aktiviti tersebut, orang ramai akan menyedari Laksamana Cheng Ho telah menjalinkan persahabatan, memperkenalkan kesenian, kebudayaan, sains dan teknologi China ke negara-negara yang disingahinya.
|