|
Wartawan CRI melaporkan, Menteri Luar Thailand Kantathi dan Setiausaha Negara A.S., Condoleezza Rice telah mengadakan rundingan dua hala di pulau Phuket, selatan Thailand hari ini.
Dalam rundingan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat tentang kemajuan rundingan kawasan perdagangan bebas Thailand-A.S., kerjasama maklumat antikeganasan kedua-dua negara, sistem amaran Tsunami Thailand dan masalah antarabangsa yang menjadi perhatian bersama kedua-dua pihak.
|