Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-14 14:58:15    
Tema Sukan Olimpik Beijing adalah Kebicaksanaan Ribuan Rakyat China

CRI

Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing baru-baru ini mengumumkan slogan Sukan Olimpik Beijing 2008 ialah "Satu Dunia, Satu Impian". atau dalam bahasa Inggeris "One World, One Dream". Apa maksud tema tersebut? Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik Beiijing Encik Liu Qi menjelaskan bahawa tema tersebut adalah kebijaksanaan ribuan orang.

Upacara pengumuman slogan Sukan Olimpik Beijing 2008 telah diadakan di Beijing pada 26 Jun 2005. Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Li Changchun telah menghadiri upacara itu dan mengumumkan slogan Sukan Olimpik Beijing 2008 ialah "Satu Dunia Satu Impian".

Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing menjelaskan bahawa slogan itu telah memperlihatkan impian rakyat China dan rakyat dunia memiliki kampung halaman yang indah, berkongsi hasil tamadun dan bersama-sama mencipta masa depan yang cerah, slogan itu telah mencerminkan keazaman bangsa China yang bersejarah berusaha mewujudkan modenisasi, keharmonian sosial dan kebahagiaan rakyat, ia juga mencerminkan hasrat rakyat China memberi sumbangan untuk mewujudkan perdamaian dunia. Slogan Sukan Olimpik tersebut telah mencerminkan konsep "Olimpik Kemanusiaan" dan imej Sukan Olimpik serta prinsip panduan dalam persiapannya.

Pakar Olimpik Universiti Peking Zhang Yiwu berpendapat slogan "Satu Dunia, Satu Impian" mencerminkan hasrat rakyat China hidup bersama rakyat negara lain di dunia dengan aman dan damai. Beliau berkata, "fokus slogan itu adalah dunia dan impian. Satu dunia menunjukkan bahawa China ingin menjalinkan hubungan erat dengan negara lain di dunia, satu impian mencerminkan hasrat rakyat China terhadap Sukan Olimpik dan keamanan."

"Satu Dunia Satu Impian" bukan sahaja ditetapkan sebagai slogan Sukan Olimpik Beijing 2008, juga ditetapkan sebagai slogan Paralimpik Beijing 2008. Berdasarkan maklumat pegawai Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing, jawatankuasa tersebut menerima lebih 210 ribu solgan dalam tempoh sebulan. Slogan tersebut dicadangkan oleh penduduk pelbagai tempat di China serta orang Cina. Semua slogan tersebut mencerminkan alu-aluan rakyat China kepada rakyat dunia dan harapan baik sahabat asing terhadap Sukan Olimpik Beijing.

Pada bulan Februari tahun ini, pegawai Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing memilih 800 slogan daripada semua slogan tersebut. Selepas disemak, mereka mendapatkan perkataan yang selalu digunakan ialah "harmoni", "impian", "perpaduan", "menikmati" dan lain-lain.

Di samping itu, Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing mempelawa tiga Syarikat Hubungan Awam Antarabangsa yang terkenal membuat tinjauan pendapat umum. 22% antara mereka orang yang diwawancara tersebut berpendapat perkataan fokus slogan Sukan Olimpik Beijing ialah impinan. Puan Su Shan, CEO Syarikat Perunding Antarabangsa China Clicks, salah sebuah syarikat tersebut menjelaskan, "Jawatankausa Sukan Olimpik Beijing melantik syarikat kami membuat tinjauan pendapat umum supaya memahami pandangan dan harapan rakyat pelbagai negara di dunia terhadap semangat Olimpik dan Sukan Olimpik Beijing 2008. Selepas itu menggabungkan hasrat bangsa China serta rakyatnya."

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacque Rogge telah mengutus kawat kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing untuk mengucapkan tahniah. Beliau berpendapat, slogan itu ditetapkan berdasarkan semangat Olimpik.