Menurut Agensi Berita Xinhua China pada 10 Julai, pemilihan pemenang "Hadiah Industri China" yang disahkan oleh Dewan Negara China dan dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Industri China telah dimulakan pada 10 Julai lalu.
Jawatankuasa Penganjur "Hadiah Industri China" memaklumkan bahawa tujuan menetapkan hadiah tersebut adalah untuk mendorong perusahaan industri China mengadakan pengubahsuaian dan mempercepat langkah mengembangkan modenisasi industri agar dapat meningkat daya saing perusahaan dalam arena antarabangsa.
Penasihat Persatuan Ekonomi Industri China yang juga Naib Ketua Pengarah Tetap Jawatankuasa Penganjur "Hadiah Industri China" Cheng Lianchang menyatakan, kerajaan China menetapkan "Hadiah Industri" bertujuan menggalakkan dan memuji perusahaan yang keluarannya mencapai taraf maju dalam negeri dan di arena antarabangsa serta memberi sumbangan besar dalam perkembangan industri China.
Cheng Lianchang memaklumkan, pelaksanaan "Hadiah Industri China" berdasarkan panduan mendorong pembangunan secara saintifik dan menggalakkan pengubahsuaian industri, giat melaksanakan strategi jenama terkenal dan menjadikan hadiah tersebut sebagai hadiah tertinggi dalam bidang industri China.
Standard penilaian dalam pemilihan "Hadiah Industri China" termasuk dua bahagian iaitu standard perusahaan dan standard keluaran.
Standard perusahaan termasuk taraf sains dan teknologi, perkembangan jenama, keuntungan dan keefisienan ekonomi, penggunaan sumber tenaga, perlindungan alam sekitar, keselamatan pengeluaran dan tanggungjawab sosial. Manakala standard keluaran termasuk taraf sains dan teknologi, keefisienan kualiti, penggunaan sumber tenaga, penciptaan baru dan lain-lainnya.
"Hadiah Industri China" akan dipilih dua tahun sekali, dan tahun ini merupakan kali pertama.
Maklumat dan senarai permohonan yang berkaitan "Hadiah Industri China" dapat dihubungi melalui alamat laman webnya iaitu www.cgai.org.cn. Atau www.cfie.org.cn.
----AZMI
|