Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-12 15:26:32    
Afrika Harap Tingkatkan Hubungan dengan China

Agensi Berita Xinhua China

Berdasarkan catatan buku sejarah China, Laksamana Cheng Ho mengetuai armadanya belayar tujuh kali ke lebih 30 negara Asia dan Afrika. Tempat yang paling jauh di Afrika timur yang mereka singgah ialah Mareindi dan Mombasa Kenya. Pelayaran itu merupakan tindakan penting dalam sejarah pelayaran dunia. Sempena sambutan ulang tahun ke-600 pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika, Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Arkeologi Muzium Negara Kenya Hermann telah diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua China baru-baru ini. Beliau telah melakukan banyak penyelidikan "tapak tinggalan sejarah Cheng Ho".

Beliau memberitahu wartawan, lawatan armada Cheng Ho di kawasan pesisir pantai Afrika timur pada masa itu bukan sahaja merapatkan hubungan China dengan Kenya, tetapi juga mendorong peningkatan persahabatan dan perdagangan kedua-dua pihak, mendorong perkembangan sosioekonomi dan kebudayaan di kawasan pesisir pantai Afrika timur. Sehubungan dengan itu, Kenya dan negara-negara Afrika lain menantikan ketibaan "Zaman Cheng Ho" kedua, dan berharap China yang semakin maju meningkatkan persahabatan dan perdagangan dengan Kenya dan negara-negara Afrika lain, membantu Afrika berkembang maju.

Menurut beliau, armada yang diketuai oleh Cheng Ho tiga kali belayar ke kawasan pesisir pantai Kenya. Pada masa itu, China dan Kenya mengadakan hubungan perdagangan dan diplomasi. Lawatan itu merupakan lawatan perdamaian, perdagangan dan persahabatan, meninggalkan banyak warisan sejarah dan kebudayaan di kawasan itu.

Beliau berkata, pada beberapa tahun kebelakangan ini, sejumlah besar artifak seperti barang porselin dan vas yang dijumpai dari tanah membuktikan fakta sejarah tersebut. Sejumlah besar gambar dan artifak berkaitan sejarah perdagangan semasa era pelayaran Cheng Ho ke Afrika timur dipamerkan di muzium Mombasa, antaranya banyak artifak buatan China.

Beliau menambah, barang-barang porselin yang ditemui di Kenya tersebut membuktikan, perdagangan antara kawasan itu dengan China amat rapat pada ketika itu. Pada masa ini, ekonomi Kenya sedang pulih, jika hubungan perdagangan dengan China meningkat, ekonomi Kenya akan tumbuh dengan pesat.

Beliau juga menyatakan, skop armada Cheng Ho amat besar, ini menandakan China amat kuat pada ketika itu. Akan tetapi, armada Cheng Ho tidak menjajah kawasan Afrika, ini berlainan dengan negara-negara Barat yang menjajah Afrika selepas itu. Pada masa ini, ekonomi China berkembang pesat, rakyat Kenya dan Afrika berharap lebih ramai warga China yang mencintai perdamaian melancong dan melabur di Afrika.

Hermann menyatakan, atas usaha bersama jabatan China-Kenya, pakar kedua-dua negara akan mengadakan kajian arkeologi bersama, menjalankan penyelidikan terhadap artifak dan tapak tinggalan sejarah yang ada kaitan dengan budaya China yang ditemui di kawasan pesisir pantai Kenya. Beliau berkata, "Seiring dengan penemuan artifak sejarah tetnang hubungan Kenya-China tersebut lebih jelas, lebih ramai warga China pasti ingin melancong atau melabur di Kenya."

Menurut maklumat, pakar arkeologi Muzium Negara Kenya telah mengadakan penyelidikan terhadap artifak dan tapak tinggalan sejarah China di Kenya dan mengadakan tinjauan di kampung yang terdapat orang keturunan Cina. Mereka menjangka, ini mungkin kerana armada Cheng Ho pernah singgah di kawasan itu.