Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-12 16:13:33    
Pengenalan Pameran Peringatan Cheng Ho di Malaysia

Agensi Berita Xinhua China

Pameran yang bertema "Utusan Perdamaian China" telah dirasmikan di Kuala Lumpur Malaysia baru-baru ini. Pameran itu dianjurkan bersama-sama oleh Kementerian Kebudayaan China dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Perdana Menteri China Wen Jiabao menulis inskripsi untuk pameran itu dengan bertema "Perintis Pelayaran, Utusan Persahabatan", Perdana Menteri Malaysia Ahamad Badawi mempengerusikan upacara perasmian pameran itu dan menyampaikan ucapan. Pameran peringatan Cheng Ho kali ini merupakan hasil usaha bersama kerajaan dan kalangan rakyat China-Malaysia.

Balai peringatan itu seluas 2000 meter persegi, pameran itu dibahagikan kepada lapan bahagian, antaranya sejarah Dinasti Ming, pengenalan ringkasan Laksamana Cheng Ho, pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika, teknologi pelayaran, model kapal, Cheng Ho dengan Melaka, peranan pelayaran Cheng Ho di dunia dan pertukaran persahabatan China-Malaysia. Dalam pameran itu ditinjau kembali latar belakang sejarah pelayaran Cheng Ho di Asia dan Afrika, perjalanannya dan sumbangan pelayaran itu terhadap pertukaran persahabatan, perdagangan yang saling menguntungkan antara China dengan pelbagai negara Asia Tenggara.

Dalam pameran itu dipamerkan lebih 30 artifak, sejumlah besar gambar, arca dan model. Barangan pameran itu disediakan oleh kedua-dua pihak China-Malaysia dengan penjelasan tiga jenis bahasa iaitu bahasa Mandarin, Inggeris dan Melayu.

Pameran kali ini menyediakan peluang pendidikan. Para pelawat dapat belajar pengetahuan dalam pelbagai bidang antaranya sejarah, kebudayaan, pelayaran dan lain-lain.

Semasa diwawancara oleh wartawan, para pelawat menyatakan, cerita "General Angkatan Luat Cheng Ho" telah dimasukkan dalam buku teks serajah sekolah rendah dan menengah Malaysia. Setelah melawat pameran itu mereka mengetahui dengan lebih mendalam Laksamana Cheng Ho dan berasa bangga sebagai seorang Asia.