Wartawan CRI melaporkan, China dan A.S. telah mengadakan sidang Jawatankuasa Bersama Perdagangan dan Perniagaan China-A.S. ke-16 di Beijing, kedua-dua pihak telah mencapai beberapa perjanjian meningkatkan kerjasama perdagangan dan menangani masalah ekonomi dan perdagangan dengan baik.
Sidang kali ini dipengerusikan bersama oleh Naib Perdana Menteri China Wu Yi, Setiausaha Perdagangan A.S., Carlos Gutierrez, wakil perdagangan A.S. Rob Portman. China dan A.S. bersetuju menubuhkan mekanisme kerjasama membanteras pencabulan hak harta intelektual transnasional, mekanisme kerjasama perlindungan hak cipta Filem, meknisme dialog badan pengawasan dan kawalan sekuriti. Kedua-dua pihak mengumumkan menubuhkan kumpulan kerjasama pelancongan dalam mekanisme jawatankuasa bersama tersebut. Selain itu, kedua-dua pihak juga telah mencapai kemajuan positif dalam rundingan masalah perdagangan hasil pertanian dan kedudukan ekonomi pasaran China.
|