Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-13 13:52:03    
A.S.-Singapura Tandatangani Perjanjian Rangka Strategi Tingkatkan Kerjasama Keselamatan

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Presiden A.S. George W. Bush telah menemui Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di White House semalam. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang hubungan dua hala dan beberapa masalah antarabangsa dan serantau, menandatangani Perjanjian Rangka Strategi Meningkatkan Kerjasama Keselamatan.

George W. Bush selepas mengadakan rundingan dengan Lee Hsien Loong berkata kepada pihak media, penandatanganan perjanjian tersebut membolehkan hubungan kedua-dua negara itu melebihi hubungan ekonomi dan menjadi hubungan strategi, perkara ini akan meningkatkan hubungan A.S.-Singapura dalam jangka masa panjang.

Lee Hsien Loong berkata, penandatanganan perjanjian tersebut berfaedah bagi meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang antikeganasan dan mencegah pertambahan senjata pemusnah besar-besaran.

George W. Bush dan Lee Hsien Loong juga mengeluarkan kenyataan bersama, menekankan akan terus meningkatkan hubungan rakan kedua-dua negara.