|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Menteri Perdagangan China Bo Xilai menyatakan di Dalian, bandar timur laut China hari ini, rundingan pusingan Doha telah memasuki tahap penting, China berharap bersama-sama pelbagai anggota WTO mendorong proses rundingan itu.
Demikian dinyatakan oleh Bo Xilai semasa beliau menemui wakil A.S. dan Brazil dalam Sidang Menteri Tidak Rasmi WTO dan semasa bertemu Ketua Pengarah WTO Supachai Panitchpakdi.
Semasa menemui wakil perdagangan A.S. Rob Portman, Bo Xilai menyatakan, China akan mempertimbangkan keadaan menyeluruh perkembangan WTO, dan aktif mendorong proses perkembangan Doha, China juga bersedia bersama-sama A.S. mendorong rundingan tersebut.
Supachai Panitchpakdi memuji pendirian China dengan aktif mendorong rundingan pusingan Doha.
|