Menurut Harian Pemuda Beijing, kerajaan China akan menyediakan rawatan percuma untuk pesakit AIDS kanak-kanak, seramai 200 orang pesakit kanak-kanak akan menerima rawatan menggunakan ubat-ubatan khas.
Dimaklumkan pesakit yang akan diberi rawatan awal terlebih dahulu ialah kanak-kanak berumur di bawah 14 tahun dari 6 provinsi di China.
Kini terdapat seramai kira-kira 800 orang kanak-kanak dijangkiti penyakit AIDS di China, dan kebanyakannya dijangkiti semasa dalam kandungan ibu mereka yang dijangkiti penyakit itu.
|