Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-13 14:11:29    
Orang Cina Merasa Bangga Terhadap Pelayaran Cheng Ho

Agensi Berita Xinhua China

Dalam sejarah hubungan persahabatan China-Malaysia, Laksamana Cheng Ho pelayar terkenal China pada zaman Dinasti Ming merupakan tokoh sejarah yang dihormati. Beliau mengetuai armada tujuh kali belayar ke Asia dan Afrika, antaranya lima kali singgah di Melaka. Pelayaran itu bermanfaat bagi meningkatkan persahabatan rakyat kedua-dua negara dan meningkatkan perdagangan yang saling menguntungkan kedua-dua pihak. Sempena sambutan ulang tahun ke-600 pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika, Dato' Seri Lim Gait Tong, Presiden Persekutuan Persatuan Orang Cina Malaysia telah diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua China.

Beliau berkata, "Cheng Ho merupakan utusan yang memperkenalkan perdamaian dan tamadun bangsa China. Beliau ialah pelayar agung. Kami orang Cina di seberang laut merasa bangga terhadap tindakannya." Menurut beliau, skop armada yang diketuai oleh Cheng Ho sangat besar dan jumlah anak kapalnya amat ramai, akan tetapi mereka tidak menganiaya penduduk di negara-negara yang disinggahinya, sebaliknya mereka menjalinkan persahabatan dan mengadakan perdagangan yang saling menguntungkan.

Dato' Seri Lim Gait Tong menyatakan, pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika mencerminkan China sentiasa bersahabat baik dengan negara-negara lain, bangsa China mencintai perdamaian. Berdasarkan catatan sejarah, Cheng Ho memberi perhatian dan menghormati adat resam negara-negara yang disinggahinya.

Beliau berpendapat, Cheng Ho menganjurkan prinsip "membantu negara-negara mundur", "memelihara keadilan" dan "saling bantu-membantu". Dalam tempoh pelayarannya, Cheng Ho membantu negara-negara yang kecil dan mundur mentang penganiayaan dan pencerobohan negara lain, membanteras lanun di kawasan pesisir pantai, menjamin keselamatan nelayan dan kapal dagang serta perniagaan. Dalam tempoh lebih 100 tahun setelah Cheng Ho singgah di Melaka, Melaka mengalami ketenteraman dan pelabuhan Melaka menjadi pelabuhan perdagangan yang penting bagi negara-negara di timur dan barat pada masa itu.

Dato' Seri Lim Gait Tong menyatakan, dalam tempoh pelayarannya, Cheng Ho memperkenalkan tamadun China ke pelbagai negara Asia Tenggara. Pelayaran itu meningkatkan perdagangan China dengan negara-negara Asia Tenggara. Cheng Ho membawa porselin, tekstil, teh, peralatan pertanian ke negara-negara Asia Tenggara, dan membawa balik rempah-ratus, bahan pewarna, batu permata dan tumbuh-tumbuhan ke China. Yang paling penting ialah Cheng Ho memperkenalkan kebudayaan, kesenian dan teknologi pertanian kepada rakyat negara-negara yang disinggahinya, membantu mereka menanam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, membina bangunan yang kukuh, memperkenalkan teknologi membuat kapal dan ilmu pelayaran.

Dato' Seri Lim Gait Tong menyatakan, orang Cina di Malaysia menghormati Cheng Ho kerana tindakannya menjadi sebahagian daripada kebudayaan orang Cina dan bermanfaat bagi menyatupadukan orang Cina. Semangat gigih Cheng Ho yang tidak tunduk kepada kesukaran menggalakkan orang Cina berusaha bersama-sama dengan rakyat pelbagai bangsa di Malaysia meningkatkan taraf hidup mereka.

Beliau menyatakan, pegawai Persekutuan Persatuan Orang Cina Malaysia berpendapat pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika harus diperingati, mengadakan aktiviti peringatan dan penyelidikan tentang pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika mempunyai erti positif bagi mewujudkan perdamaian, kestabilan dan perkembangan.