Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-13 15:51:43    
Cheng Ho Merupakan Utusan Kebudayaan China

Agensi Berita Xinhua China

Ketua Setiausaha Persekutuan Suruhanjaya Sambutan Ulang Tahun ke-600 Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika bandar Semarang, ibu kota Provinsi Jawa Tengah Indonesia Zhou Jichao semasa diwawancarai oleh wartawan Agensi Berita Xinhua China menyatakan, Cheng Ho bukan sahaja merupakan pelayar ulung, tetapi juga adalah utusan agama, perdagangan, dan kebudayaan China.

Beliau berkata, Cheng Ho memperkenalkan agama Islam kepada penduduk di Pulau Jawa. Selain agama, beliau juga membawa biji benih tanam-tanaman, bahan herba, teknologi celup, porselin, teknologi ukiran batu dan kayu, konsep pengedaran barang perdagangan dan lain-lain, ini bermanfaat bagi mendorong perkembangan sosioekonomi tempatan, bahkan mendorong perkembangan beberapa kalangan. Penubuhan masjid Cheng Ho dan Gua San Bao di Indonesia memperkenalkan tradision dan kebudayaan bangsa China kepada orang Cina dan bumi putera Indonesia dan telah menjadi salah satu talian penting menghubungi persahabatan China-Indonesia.

Encik Zhou Jichao menyatakan, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia, kerajaan Provinsi Jawa Tengah dan kerajaan Bandar Semarang akan mengadakan pelbagai aktiviti pada 1 hingga 7 Ogos nanti untuk memperingati ulang tahun ke-600 pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika. Menurut beliau, sejak tahun lalu, pelbagai pihak Indonesia telah memulakan persiapan aktiviti sambutan. Selain itu, seminar, rundingan ekonomi dan perdagangan, upacara perasmian Rumah Ibadat Cheng Ho baru, persembahan kereta bunga, upacara keagamaan dan lain-lain akan diadakan di bandar Semarang. Delegasi China juga akan mengadakan pameran gambar besar-besaran di bandar itu.

Encik Zhou Jichao menyatakan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-55 penjalinan hubungan diplomatik China-Indonesia, Presiden China Hu Jintao telah melawat Indonesia pada bulan April lalu, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono akan melawat China pada pertengahan bulan Julai. Beberapa projek kerjasama akan dilaksanakan oleh kedua-dua pihak agar jumlah perdagangan dua hala mencatat 20 bilion dolar Amerika dalam tempoh tiga tahun. Pada ketika itu, aktiviti sambutan ulang tahun ke-600 pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika mempunyai erti penting.