Wartawan CRI melaporkan, Sidang Menteri Tidak Rasmi WTO telah ditutup di Dalian, bandar di timur laut China malam semalam. Para pegawai WTO dan Menteri Perdagangan pelbagai negara anggotanya telah mencapai persefahaman awal tentang mengurangkan subsidi pertanian, mengizinkan hasil pertanian memasuki pasaran negara anggota serta mengurangkan tarif.
Para menteri menegaskan semula, agenda pembangunan Doha harus diselesaikan sebelum akhir tahun 2006. Mereka juga berjanji akan berusaha menetapkan cara rundingan mengizinkan hasil pertanian dan bukan hasil pertanian memasuki pasaran negara anggota sebelum Sidang Menteri Ke-6 WTO yang akan diadakan di Hong Kong pada Disember tahun ini.
|