Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-14 16:16:04    
Tugu Peringatan Cheng Ho di Sri Lanka

Agensi Berita Xinhua China

Sri Lanka terletak di lokasi strategi di Lautan Hindi dan merupakan laluan penting armada Laksamana Cheng Ho belayar ke India dan Afrika timur pada 600 tahun yang lalu. Dokumen sejarah kedua-dua negara China-Sri Lanka mencatatkan, armada Cheng Ho pernah banyak kali singgah di Sri Lanka, dan penemuan tugu peringatan Cheng Ho di Sri Lanka itu membuktikan fakta sejarah tersebut.

Tugu peringatan Cheng Ho di Sri Lanka digelar oleh ahli sejarah sebagai "Tugu Sumbangan Cheng Ho" atau "Tugu Tulisan Tiga Bahasa". Tugu itu ditemui oleh H.F. Thomarin jurutera di Galle bandar pelabuhan di bahagian selatan Sri Lanka pada tahun 1911, pada ketika itu, tugu peringatan itu dijadikan sebagai penutup tulisan yang terdarat pada bahagian bawah tugu tersebut. H.F. Thomarin memindahkan dan menyimpan tugu peringatan itu.

Penemuan tugu peringatan itu amat mengagumkan masyarakat pada masa itu. Pakar isu China di Universiti Cambridge Profesor Ghiris berpendapat, tugu peringatan itu menghilangkan keraguan orang ramai terhadap tempoh lawatan Cheng Ho di Sri Lanka kerana dituliskan dengan jelas Laksamana Cheng Ho pernah banyak kali singgah di Sri Lanka sekitar tahun 1409. Sejak Sri Lanka merdeka, tugu peringatan itu dipindahkan ke Muzium Negara Sri Lanka yang terletak di Kolombo.

Wartawan Agensi Berita Xinhua China banyak kali menyaksikan tugu peringatan yang bercorak seni bina China dengan lukisan naga dan huruf bahasa Mandarin di ruangan pameran tugu di tingkat satu muzium tersebut. Disebabkan perubahan zaman, tulisan pada tugu tersebut kurang jelas. Atas bantuan pegawai Muzium Negara Sri Lanka encik Raggett Shivaji, wartawan mendapat salinan catatan bahasa Mandarin tugu peringatan itu. Berdasarkan catatan itu, Cheng Ho diarahkan oleh maharaja zaman Dinasti Ming melawat tapak suci di Sri Lanka dan menyerahkan sumbangan barangan kepada kuil Buddha dan lain-lain. Masa catatan tugu itu ialah bulan Febuari tahun 1409.

Catatan tugu peringatan itu diukir menggunakan tiga jenis tulisan bahasa, selain bahasa Mandarin, juga terdapat bahasa Tamil dan Parsi. Kedua-dua bahasa tersebut merupakan bahasa yang digunakan oleh pedagang di kawasan Lautan Hindi.

Ahli sejarah yang juga pensyarah Univeristi London yang terkenal di Sri Profesor Lanka Lorna Dewaraja semasa diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua China tentang pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Sri Lanka menyatakan, berdasarkan catatan pada tugu peringatan itu, sebagai penganut Islam, Cheng Ho menunjukkan penghormatan yang sama terhadap tiga agama lain, ini mencerminkan Cheng Ho dan kerajaan Dinasti Ming menghormati rakyat di pelbagai negara dan bersikap toleransi dalam isu agama; selain itu, ini mencerminkan rombongan Cheng Ho berharap melaksanakan aktiviti ekonomi dan kebudayaan tanpa rintangan perbezaan agama. Boleh dikatakan, tugu peringatan itu menandakan semangat perdamaian dan toleransi Cheng Ho dan maharaja Dinasti Ming, dan juga mencerminkan kerajaan China berpandangan jauh pada ketika itu.

Profesor Lorna Dewaraja pernah membandingkan lawatan Cheng Ho dengan kedatangan penjajah Eropah. Beliau menyatakan, pada zaman itu, pertukaran damai dilaksanakan di kawasan Lautan Hindi dengan pelbagai bangsa, agama, kebudayaan dan bahasa. Tugu peringatan Cheng Ho merupakan tanda pertukaran tersebut. Sebaliknya, penjajahan Eropah pada abad ke-16 mengakibatkan kekerasan dan kehancuran kebudayaan tempatan.