Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-14 16:19:12    
China Tetapkan Hari Pelayaran

Agensi Berita Xinhua China

11 Julai tahun ini merupakan ulang tahun ke-600 pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika. Kerajaan China menetapkan 11 Julai sebagai "Hari Pelayaran".

Penetapan "Hari Pelayaran" itu bermanfaat bagi meningkatkan kedudukan China sebagai negara pelayaran penting dan meningkatkan pengaruh China di arena antarabangsa. Ahli Akademi Kejuruteraan, pakar projek pelayaran China encik Liu Jizhou dan Liang Yingchen menyatakan, pada masa ini, 90% barangan perdagangan dengan luar China dihantar melalui pelayaran, lebih ramai perusahaan asing mengangkut kargo mereka dengan kapal dari China, taraf pelabuhan China mencapai standard antarabangsa. Jumlah pemuatan dan pemunggahan kargo di pelabuhan Shanghai melebihi 380 juta tan dan berusaha untuk menjadi pusat pelayaran antarabangsa. Jumlah pemuatan dan pemunggahan di pelabuhan Ningbo, Guangzhou dan Tianjin telah mencatat 200 juta tan, pelabuhan bertaraf dunia berkembang pesat di China. Penetapan "Hari Pelayaran" selaras dengan perkembangan China.

Kapten kanan Jabatan Pengapungan bandar Yantai yang juga jurutera kanan encik Zheng Jian berpendapat, kerajaan menetapkan "Hari Pelayaran" bermanfaat bagi penduduk awam mengetahui pengetahuan pelayaran dan maritim, meningkatkan kesedaran perlindungan laut mereka agar mereka menyokong usaha pembangunan laut.

Selain itu, penetapan "Hari Pelayaran" bermanfaat bagi meningkatkan kesedaran keselamatan di luat. Presiden Syarikat Perkapalan China encik Li Junke berpendapat, pada masa ini, Pertubuhan Maritim Antarabangsa PBB telah menetapkan "Hari Maritim" antarabangsa. Topik aktiviti ditetapkan setiap tahun, lebih 160 negara anggota pertubuhan itu mengadakan aktiviti peringatan. Banyak negara anggota, antaranya A.S., Britain, Jepun, Australia dan Kanada mempunyai "Hari Pelayaran" masing-masing. Hari perayaan itu menarik perhatian rakyat terhadap pelayaran dan laut di negara-negara tersebut, bermanfaat bagi meningkatkan kesedaran keselamatan laut mereka dan meningkatkan taraf keselamatan laut di dunia.