Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-14 16:32:48    
China Cegah Tindakan yang Mudah Sebar Penyakit AIDS

CRI
China telah melaksanakan projek perintis mencegah tindakan yang mudah menyebar penyakit AIDS dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Kementerian Kesihatan China baru-baru ini telah mengemukakan rancangan panduan, menetapkan peraturan dan tindakan dalam usaha tersebut.

Pada enam tahun yang lalu, China telah mulai menjalankan usaha mencegah tindakan yang mudah menyebar penyakit AIDS. Kerajaan China telah menjalankan tindakan seperti berikut: menjalankan rawatan terhadap penagih dadah dengan Methadone, mempopularkan penggunaan alat suntikan yang dipakai sekali sahaja dan lain-lain.

Pengubatan Methadone terutamanya dijalankan di Yunan, Guangxi dan Guangdong China. Pakar pencegahan AIDS, Encik Xu Jie berkata,

"Pengubatan Methadone mulai dilaksanakan di China pada tahun 2004 dan kira-kira 200 hingga 300 orang penagih dadah menjalani rawatan itu setiap hari."

Alat suntikan tidak dijual di kedai ubat-ubatan di China. Sehubungan itu, beberapa orang penagih dadah berkongsi satu alat suntikan. Provinsi Hunan China telah memberikan alat suntikan yang dipakar sekali sahaja kepada penagih dadah dengan percuma.

Untuk menstandardkan usaha pencegahan tindakan yang mudah menyebar penyakit AIDS, China telah mengemukakan Rancangan Panduan Usaha Pencegahan Tindakan yang Mudah Menyebar Penyakit AIDS baru-baru ini. Encik Xu Jie berkata,

"Rancangan panduan itu telah membuat kesimpulan terhadap usaha pencegahan yang dilakukan pada masa dahulu. Dengan adanya rancangan itu, usaha pencegahan boleh berjalan dengan lebih berkesan."

Dalam rancangan panduan tersebut dinyatakan, usaha pencegahan tindakan yang mudah menyebar penyakit AIDS terutamanya dilaksanakan terhadap: pelacur, pesakit seks, homoseksual dan penagih dadah. Rancang itu menuntut pelbagai tempat mesti mengetahui jenis dan skop tindakan yang mudah menyebar penyakit AIDS terlebih dahulu, menetapkan tumpuan dan cara usaha pencegahan serta mengadakan latihan terhadap pegawai kerajaan yang menjalankan usaha itu.