Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-15 12:05:43    
Pengenalan tentang Masalah Kadar Pertukaran Nilai Mata Wang Renminbi China Menjadi Fokus Perbincangan Dalam Sidang Menteri Kewangan Asia-Eropah.

CRI

Sidang Menteri Kewangan Asia- Eropah ke-6 telah diadakan di bandar Tianjin China baru-baru ini. Pegawai kanan Kewangan dari 39 buah negara Asia-Eropah dan wakil Pertubuhan kewangan antarabangsa telah menyertai sidang itu. Dalam sidang itu, masalah ekonomi China menjadi fokus perbincangan para hadirin.

Pada masa 20 tahun lalu, kadar pertumbuhan ekonomi China kekal lebih 9% dan China menjadi salah sebuah negara yang paling cepat pertumbuhan ekonomi di dunia. Perdana Menteri China Wen Jiabao ketika menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian Sidan Menteri Kewangan Asia-Eropah kali ini menyatakan: "Semenjak pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu di China, ekonominya berkembang pesat, pengaruh China dan taraf hidup rakyat telah meningkat. Pembangunan China berfaedah bagi perdamaian dan pembangunan dunia".

Ketua Pengarah Bahagian Kewangan Antarabangsa Republik Korea Encik Tae-Kyun Kwon ketika diwawancara oleh wartawan menyatakan: "Ekonomi China sedang berkembang maju dan China sedang memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan hubungan Asia dan Eropah, dan peranan China semakin penting dalam pembangunan ekonomi dunia".

Perkembangan ekonomi China menjadi tumpuan perhatian pelbagai negara di dunia. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, isu penetapan kadar tukaran nilai mata wang Renminbi telah menjadi salah satu fokus perhatian masyarakat antarabangsa. Pada belasan tahun lalu, China menumpukan perhatian terhadap dasar kadar tukaran dolar Amerika, selepas penurunan nilai dolar Amerika tidak lama dahulu, sesetengah negara mengemukakan cadangan agar China mengkaji semula kadar tukaran nilai Renminbi yang sedia ada, melaksanakan sistem kadar pengapungan yang lebih fleksibel dan menunut China menyelesaikan pembaharuan dalam masa terdekat. Dalam Sidang Menteri Kewangan Asia- Eropah ke-6, Perdana Menteri China Wen Jiabao sekali lagi menegaskan pendirian kerajaan China tentang masalah itu. Beliau menyatakan, China akan mengkaji semula kadar tukaran nilai mata wang Renminbi berdasarkan keperluan pembangunan ekonomi, serentak itu, kajian semula kadar tukaran nilai Renminbi juga akan mempertimbangkan kesannya terhadap pembangunan ekonomi negara jiran dan pelbagai negara di dunia.

Beliau berkata: "Setiap negara berhak menetapkan sistem dan dasar kadar tukaran mata wang berdasarkan keadaan negara masing-masing. Mengekalkan kestabilan kadar tukaran nilai mata wang Renminbi secara rasional, berfaedah bagi pembangunan ekonomi China, negara-negara jiran dan ekonomi serantau serta berfaedah bagi kestabilan kewangan dan perkembangan perdagangan antarabangsa. Ketika krisis kewangan Asia berlaku pada tahun 1997, kadar tukaran nilai Renminbi yang tetap telah mengurangkan kerugian yang dialami oleh negara-negara jiran dan negara serantau yang lain. Penetapan kadar tukaran nilai Renminbi mesti berdasarkan prinsip inisistif, boleh dikawal dan dilaksanakan secara beransur-ansur".Pendirian positif kerajaan China tersebut diakui oleh kebanyakan peserta sidang itu.

Menteri Kewangan Jepun Encik Tanigaki Sadakazu semasa diwawancara oleh wartawan menyatakan: "Masalah kadar tukaran nilai Renminbi harus diselesaikan oleh kerajaan China. Pertumbuhan ekonomi China sangat cepat, dasar ekonomi harus ditetapkan oleh kerajaan mereka sendiri. Saya berpendapat, kadar tukaran nilai Renminbi harus lebih flexsibel. China akan berusaha menyelesaikan masalah itu".

Anggota Suruhanjaya Kesatuan Eropah yang bertanggungjawab teerhadap urusan ekonomi dan kewangan, Encik Joaquin Almunia menyatakan, pada masa ini, masih wujud ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi dunia, Pelbagai negara dunia termasuk China harus memainkan peranan aktif dalam menggalakkan perkembangan penyelarasan ekonomi dunia.

Beliau berkata: "Untuk menyelesaikan masalah ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi dunia, pelbagai negara perlu memikul tanggungjawab, chontohnya Amerika Syarikat harus mengurangkan jumlah hutang luar, Kesatuan Eropah dan Jepun perlu mengadakan pembaharuan untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi. Negara-negara Asia termasuk China harus menetapkan kadar tukaran wang asing yang lebih fleksible".

---- Wang Ling