Menurut Agensi Berita Xinhua China, Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo menyampaikan ucapan di Metro Manila hari ini, meskipun mengalami desakan kumpulan penentang, beliau akan terus menjalankan Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara.
Beliau berkata, walau tinjauan pendapat umum menjelaskan sokongan rakyat terhadap beliau menurun, namun tekadnya tetap kukuh. Beliau akan meneruskan proses pembaharuan ekonomi negara dan mendapatkan semula sokongan rakyat.
Dalam ucapannya, beliau juga mengemukakan cadangan konkrit pembaharuan selanjutnya, dan mengumumkan pelantikan anggota kabinet termasuk Setiausaha Perdagangan dan Industri, Setiausaha Belanjawan serta Setiausaha Ekonomi.
|