Menurut Agensi Berita Xinhua China, beberapa letupan bom berlaku di provinsi Yala, bahagian selatan Thailand malam semalam, setakat ini peristiwa tersebut telah mengakibatkan seorang polis mati dan 20 orang cedera.
Dimaklumkan, pada pukul 7:00 malam semalam, perancang letupan itu lebih dahulu merosakkan transformer loji jana kuasa elektrik di provinsi Yala, mengakibatkan bekalan elektrik di bandar itu terputus. Selepas itu, mereka juga meletupkan bom berhampiran sebuah hotel dan karaoke, dan menyerang seorang polis yang bertugas di stesen kereta api Yala-Bangkok.
Letupan tersebut mengakibatkan seorang mati dan 20 orang cedera.
|