Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-15 15:32:00    
China Kembangkan Industri Pengeluar Kapal

Agensi Berita Xinhua China

Industri pengeluar kapal China berkembang sejak zaman silam, Laksamana Cheng Ho pernah belayar ke Asia dan Afrika pada 600 tahun yang lalu. Pada masa ini, industri pengeluar kapal China sekali lagi berkembang maju menjadikan negara penting pengeluar kapal.

Berdasarkan statistik industri pengeluar kapal China, jumlah kapal buatan China pada tahun 2004 mencatat 8.8 juta tan, meningkat 33% berbanding tahun lalu dalam tempoh yang sama; jumlah tempahan kapal mencatat 33.59 juta tan, meningkat 28% berbanding tahun lalu dalam tempoh yang sama. Naib Menteri Suruhanjaya Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan China encik Zhang Guangqin menjangka: "jumlah kapal buatan China akan melebihi 10 juta tan pada tahun ini, kuota itu kira-kira menempati lebih 18% di pasaran dunia."

Pada lebih 50 tahun lalu, industri pengeluar kapal China amat mundur. Sebelum penubuhan Republik Rakyat China, syarikat pengeluar kapal hanya berjumlah lebih 20 buah sahaja dengan jumlah pekerja tidak sampai 20 ribu orang, jumlah kapal yang dibuat tidak mencapai seribu tan setahun.

Dalam tempoh lebih 20 tahun sebelum dasar pembaharuan dan buka pintu diamalkan di China, kerajaan China menubuhkan dan mengubahsuai sejumlah besar limbungan kapal dan perusahaan pengeluar perkakas kapal berdasarkan panduan berdikari, melatih sejumlah besar tenaga profesional pengeluar kapal. Pada tahun 1952 hingga tahun 1978, kapal buatan China yang dieksport mencatat 160 ribu tan.

Pada bulan Disember 1977, kerajaan China menetapkan peraturan kapal buatan China boleh dieksport. Sejak itu, industri pengeluar kapal China mulai berusaha memasuki pasaran dunia.

Sejak dasar pembaharuan dan buka pintu diamalkan di China, kerajaan China memindahkan lebih 100 teknologi mereka dan membuat kapal dan kemudahan peraturan pengimportan kapal dari negara lain, kakitangan di pelbagai perusahaan dan institut sains dan teknologi berusaha melaksanakan inovasi, ini menyebabkan taraf penyelidikan, pengeluaran kapal China meningkat dengan ketara, daya saing di pasaran antarabangsa terus meningkat. Pada masa ini, kecuali beberapa jenis kapal pesiaran mewah, pelbagai kapal yang bertaraf dunia boleh dibuat di China.

Sejumlah besar perusahaan pengeluar kapal China berkembang pesat pada masa ini, antaranya Kumpulan Pengeluar Kapal Hudong-Zhonghua, Syarikat Pengeluar Kapal Waigaoqiao Shanghai Berhad, Syarikat Industri Berat Pengeluar Kapal Dalian dan lain-lain.

Atas usaha para pekerja, industri pengeluar kapal China terus berkembang maju dalam persaingan pasaran antarabangsa. Pada tahun 1980, China menduduki tempat ke-17 dalam senarai syarikat pengeluar kapal ternama dunia dengan pengeluaran kapal berjumlah 200 ribu tan setahun, pada tahun 1995 jumlah pengeluaran kapal di China pertama kali melebihi negara Jerman, kuota itu menduduki 5% pasaran dunia, menjadi negara pengeluar kapal ketiga terpenting di dunia selepas Jepun dan Republik Korea. Pada masa ini, jumlah kapal yang dieksport menempati lebih 70% jumlah pengeluar kapal China, kapal tersebut dieksport ke lebih 110 negara dan kawasan, termasuk negara maju antaranya A.S., Britain, Jerman, Jepun dan lain-lain, lebih separuh kapal tersebut dieksport ke negara di Eropah.