Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-15 16:25:26    
Kesan Tinggalan Sejarah Cheng Ho di Melaka

Agensi Berita Xinhua China

Sempena sambutan ulang tahun ke-600 pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika, wartawan Agensi Berita Xinhua China telah pergi ke Melaka untuk melawat kesan tinggalan sejarah Cheng Ho. Dalam tujuh kali pelayarannya, Cheng Ho pernah lima kali singgah di Melaka.

Laksamana Cheng Ho digelar sebagai San Bao di negara-negara Asia tenggara, termasuk Malaysia. Walaupun zaman berlalu, kesan tinggalan sejarahnya dapat ditemui di merata tempat. Rumah Ibarat San Bao yang terletak di bahagian selatan Melaka bercorak seni bina tradisional China, terdapat ukiran naga di atas cucuran atap. Dimaklumkan, naga itu menandakan Cheng Ho belayar dengan kapal. Terdapat kuplet sajak pada pintu bangunan itu. Berdasarkan jangkaan ahli sejarah tempatan, kuplet sajak pada pintu itu ditulis pada 100 tahun yang lalu. Patong Cheng Ho dikeramatkan dalam pavilion itu, ramai pelancong mengunjunginya.

Bukit yang terletak di belakang Rumah Ibarat San Bao bernama Bukit San Bao atau Bukit China. Ahli penyelidik Malaysia berpendapat, pasukan keselamatan Cheng Ho pernah berkemah di bukit itu. Berdasarkan bukti, Melaka merupakan tempat transit dan pangkalan logistik armada Cheng He.

Dalam tempoh beberapa ratus tahun lalu, Bukit San Bao telah menjadi makam orang Cina yang paling besar di Malaysia, terdapat lebih 10 ribu kuburan di sana. Menurut maklumat seorang pekerja di bukit itu, kebanyakan kuburan tersebut menuju ke arah timur laut--kampung halaman mereka di China.

Terdapat sebuah perigi di bahagian kiri Rumah Ibarat Sam Bao. Perigi itu dinamakan Perigi San Bao. Dikatakan, Cheng Ho dan pegawainya menggali tuju perigi semasa singgah di Melaka. Pada masa ini, lima perigi sudah tidak wujud lagi kerana zaman berlalu. Dua perigi yang sedia ada dipelihara sebagai artifak sejarah oleh pihak berkuasa Melaka.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, lebih banyak kesan tinggalan sejarah Cheng Ho ditemui di Melaka. Tiga perigi ditemui di kawasan kediaman lama. Pakar China yang meninjau perigi tersebut berpendapat, corak seni perigi tersebut serupa dengan perigi zaman Dinasti Ming. Perigi tersebut mungkin digali oleh pasukan keselamatan Cheng Ho.

Menurut maklumat seorang Cina di Melaka, kesan tinggalan sejarah Cheng Ho berada di banyak tempat di Melaka. Pada 600 tahun yang lalu, dalam tujuh kali pelayarannya, Cheng Ho pernah lima kali singgah di Melaka dan beliau menganjurkan perdamaian, persahabatan dan perdagangan yang sama rata. Rakyat Melaka akan memperingatinya selama-lamanya.