Menurut Agensi Berita China, Seminar Teknologi Keselamatan Mainan China-Kesatuan Eropah yang berlangsung selama 2 hari telah dirasmikan di kota Guangzhou, selatan China. Seminar itu akan meningkatkan pertukaran maklumat kedua-dua pihak dalam bidang mainan dan menjamin keselamatan mainan yang dieksport ke pasaran Kesatuan Eropah.
Dalam sidang semalam, pegawai Kesatuan Eropah telah memperkenalkan undang-undang dan standard mainan Eropah; Persatuan Industri Mainan Eropah telah memperkenalkan keadaan pasaran mainan Kesatuan Eropah serta tindakan dan cadangan untuk menjamin keselamatan mainan dalam proses pengeluaran.
China adalah negara pengeluar mainan yang paling banyak di dunia. Mainan yang diimport oleh Kesatuan Eropah setiap tahun kebanyakan dari China.
|