Menurut Agensi Berita Xinhua China, 2 projek reka bentuk pemandnagan yang dianjurkan dan dijalankan oleh Profesor Yu Kongjian dan Profesor Li Dihua dari Universiti Peking China mendapat "Hadiah Profesional 2005 Persatuan Jurureka-bentuk Pemandangan A.S.". Pada masa ini, konsep mereka bentuk pemandangan mula diketahui oleh orang ramai di China.
Baru-baru ini, Taman Yuanmingyuan Beijing pernah merancang melaksanakan satu projek yang bertujuan menghampar alas plastik di dasar tasiknya agar dapat mencegah resapan air.
Tetapi, tindakan tersebut ditentang oleh ramai orang kerana pelaksanaannya akan menjejaskan pemandangan di sekitar taman itu. Berdasarkan keputusan Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China, projek tersebut yang pernah menjadi tumpuan perhatian di dalam dan luar negara China telah dihentikan. Peristiwa itu mencerminkan pihak berkaitan mengabaikan hubungan antara pembinaan dengan ekologi alam sekitar.
Reka bentuk pemandangan merupakan salah satu dari 3 subjek utama pembangunan perumahan manusia. Kedudukannya sepenting dengan pembinaan dan keilmuan perancangan perbandaran. Reka bentuk pemandangan melibatkan kesenian sains dalam bidang menganalisis tanah, perancangan, reka bentuk pemandangan, perlindungan dan pengubahsuaiannya.
Menyelaraskan hubungan manusia dengan penggunaan tanah agak penting dalam usaha melindungi pemandangan tanah.
Kali ini, kedua-dua porjek yang mendapat "Hadiah Profesional 2005 Persatuan Jurureka-bentuk Pemandangan A.S." termasuk "Rancangan Bandar Taizhou" dan "Kampus Sawah".
Bandar Taizhou terletak di pantai dan seringmengalami landaan taufan. Jurureka-bentuk terlebih dahulu menetapkan rancangan pembinaan di kawasan tanpa bangunan, seterusnya baru menetapkan rancangan pembinaan bangunan agar dapat melindungi ekologi alam sekitar.
Projek "Kampur Sawah" dilaksanakan di kampus baru Universiti Pembinaan Bandar Shenyang China. Jurureka-bentuk mengindahkan kampus baru dengan menggunakan tanaman padi, gandum dan rumput liar. Selain itu, mereka juga menanam pokok Poplar Putih di sawah padi dan membina jalan. Persekitaran kampus universiti itu agak nyaman.
----AZMI
|