Menurut berita CRI, Kementerian Pertanian China memaklumkan bahawa "Peraturan Kawalan Spesies Luar" yang sedang digubal pada masa ini bertujuan untuk mencegah dari asasnya perebakan Spesies luar di China.
Dimaklumkan, terdapat lebih 400 jenis Spesies luar yang berbahaya telah masuk ke negara China dan menyebabkan kerugian ratusan bilion Yuan Renminbi pada setiap tahun.
Menteri Pertanian China sedang bersama dengan jabatan berkenaan yang lain menggubal "Peraturan Kawalan Spesies Luar", "Rancangan Pencegahan dan Rawatan Spesies Luar".
|